CARTA KERJAYA

Adakah anda sedang mencari pekerjaan?. Jika anda sedang mencari kerja atau mahu menukar jenis pekerjaan anda perlu tahu apakah jenis kerja yang paling banyak ditawarkan di negara kita sekarang.

Dengan mengetahuinya anda boleh menyediakan diri anda kemahiran yang secukupnya agar anda menjadi orang yang paling layak mengisi kekosongan yang ditawarkan.

Berikut adalah bidang yang paling dikehendaki oleh majikan di negara kita sekarang:

  • Sales & Marketing
  • Engineering & Technical
  • Computer & Telecommunication
  • Accounting & Finance
  • Clerical & Administrative
  • Management
  • Customer Service
  • Art, Design & Media
  • Hospitality & Catering
  • Education & University.
Bidang jualan dan pemasaran menjadi satu bidang yang paling dikehendaki oleh banyak majikan di negara kita sekarang ini dan bidang ini merupakan satu kelemahan anak-anak melayu. Majoriti mereka yang berada dalam bidang ini merupakan bangsa Cina.

Bidang jualan dan pemasaran merupakan salah satu bidang yang mampu melahirkan jutawan di negara Amerika selain daripada bidang keusahawanan. Jika anda seorang yang tidak mahu mengambil risiko menjadi seorang usahawan tetapi ada impian mahu menjadi kaya, maka bidang jualan dan pemasaran adalah jawapannya.

No comments:

Post a Comment