Sumber:
Oleh NOR AMIZA ABD KADIR
http://www.cicinta.com/2012/01/10-sikap-positif-bina-kerjaya-tip.html
Mengapa sebahagian individu mudah mencapai kedudukan teratas di
organisasi, sementara sebahagian lagi sukar untuk mendapatkan promosi?
Apakah kecerdasan, bakat dan kekuasaan individu - individu ini menjadi
faktornya? Tidak juga kerana sikap seseorang individu itu lebih
berperanan. Ikuti 10 sikap positif dan yakinlah bahawa karier anda akan
berjaya.
1. Lakukan Yang Terbaik - Apa pun pekerjaan harus dilakukan
dengan baik. Anda tidak akan tahu waktu anda diperhatikan atau dinilai
oleh atasan. Apabila anda terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan
benar, maka anda tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang
lebih besar. Jangan lupa, apa pun yang anda lakukan, pasti diperhatikan
oleh atasan.
2. Jangan Berhenti Mencari Peluang - Profesional yang sukses
sering mencari kesempatan untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata,
buka telinga dan tanamkan wawasan untuk berhadapan kesempatan baru.
Anda tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah
karier anda menjadi lebih cemerlang.
3. Jangan Menunggu - Apabila anda menghabiskan waktu hanya untuk
menunggu berlakunya keajaiban, maka anda akan menunggu dalam tempoh yang
lama, malah barangkali sia-sia. Seseorang yang sukses, sering melakukan
sesuatu secara baik dan tepat untuk mewujudkan keinginannya. Sebaiknya
anda bergerak dan melakukan sesuatu; mencari cara yang tepat dan jangan
hanya menunggu. Anda pasti menemui hasilnya dan berhak untuk menggapai
impian.
4. Fikirkan Boleh - Apa sahaja boleh berlaku. Anda mungkin tidak
pernah bermimpikan untuk menjadi seorang pengarah. Jika demikian, maka
anda memang tidak akan pernah memegang jawatan tersebut. Ingat, jika
anda berfikir tidak boleh, maka anda tidak akan pernah boleh. Namun bila
anda berfikir boleh melakukan, pasti anda boleh.
5. Kegagalan Merupakan Kunci Kejayaan - Setiap orang pasti pernah
mengalami kegagalan dari semasa ke semasa. Perbezaan antara individu
yang sukses dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi
kegagalan yang dialami. Individu yang sukses selalu belajar daripada
kesalahan yang mereka lakukan dan tetap maju.
6. Tonjolkan Kemampuan - Apakah anda menunggu sampai seseorang
itu melihat bakat dan kemampuan anda? Mungkin sudah tiba waktunya untuk
memperlihatkan kemampuan anda kepada majikan. Profesional yang berjaya
tahu cara memperlihatkan keberhasilan mereka tanpa perasaan sombong.
7. Memiliki Jaringan Yang Kuat - Individu yang sukses memahami
dengan baiknya kepentingan jaringan, baik di dalam mahupun di luar
pejabat. Anda perlu bersikap proaktif untuk mengembang hubungan
profesional. Ajak dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan tengah
hari di luar. Sesekali, pergilah ke kafe selepas tamat waktu kerja.
Bergabunglah dengan pertubuhan profesional. Kembangkan jaringan
profesional demi masa depan anda.
8. Tidak Terikat Pada Latar Belakang Pendidikan - Apabila anda
merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai dengan latar
belakang pendidikan, maka anda akan mempamerkan prestasi yang buruk.
Mungkin pekerjaan yang anda lakukan tidak sesuai bagi anda tetapi
seorang yang berjaya tetap melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik.
9. Menganggap Setiap Orang Penting - Apabila anda ingin bersikap
agresif, anda perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang yang
berada di sekeliling. Anda keliru jika menganggap tidak perlu menjalin
hubungan baik dengan setiausaha atasan. Bersikap sopan dan ramah
terhadap orang sekeliling anda. Ia mungkin menjamin masa hadapan anda
kelak.
10. Menganggap Setiap Orang Penting - Anda bertanggungjawab atas
nasib anda, maka sudah menjadi kewajipan untuk terus mencari jalan dalam
memperbaiki profesionalisme anda. Bersikap sukarela dalam melakukan
tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan
bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja. Pekerja yang
sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi juga bersedia pada
sebarang masa.
No comments:
Post a Comment